ainul farhana . seventeen going to eighteen. malaysian. muslim. i rebblogged everything here , dont be so judgemental cuz its my life. mind ur own bussiness please follow me and i'll follow you babe. peace!I DO LOVEEEE TUMBLR !
Catching Elephant is a theme by Andy Taylor
Sebenarnya kita bertuah.
Bertuah kerana Allah telah memilih kita bersama-sama mengharungi hidup ‘susah’ dahulu dengan ibubapa kita. Mungkin waktu itu adik-adik kita masih kecil dan tidak tahu apa-apa. Mereka terlepas saat-saat sukar yang mengikat hati, menambah sayang kita pada ibubapa kita. Kita menyaksikan ‘kesusahan’ mereka di depan mata kita, membuatkan kita nekad untuk memberi yang terbaik dalam hidup kita untuk mereka. Adik-adik merasai kemewahan hari ini tanpa melalui ‘kesusahan’ dahulu, itu rezeki mereka. Percayalah, rezeki kita tetap ada. Allah kan Maha Adil?Bertuah lagi sebab kita tidak menyusahkan ibubapa kita dengan meminta itu dan ini. Tidak memberatkan mereka dengan permintaan kita, walaupun ibubapa kita mampu. Kita anak-anak sulung yang baik, meringankan ibubapa kita. Nak meminta-minta tak sampai hati, kan? Mereka pun tak pening kepala nak penuhi permintaan kita. Bertuah kan kita?
Ada lagi bertuah? Bertuah lagi sebab ibubapa kita sebenarnya menganggap kita sudah pandai berdikari dan boleh menguruskan diri. Anak sulung hatinya kuat. Apa sahaja boleh dibuat. Sayang adik-adik, selalu mengalah. Sayang ibubapa, selalu menolong apa sahaja, sebab kita besar daripada adik-adik. Sebab itu ibubapa kita kurang memberi-beri pada kita, baik pada kasih sayang, mahupun material. Kita kan anak sulung yang hebat??
Buat anak-anak sulung yang memang Allah kasihi,
Sesungguhnya setiap manusia diuji dengan ujian yang berbeza. Bukan kita sahaja yang diuji sebegini, ramai lagi yang lebih hebat ujiannya. Ada mereka yang tidak pernah merasa kasih sayang ibubapa sejak lahir lagi. Cukuplah ibubapa kita telah berjaya membesarkan kita, merasa kasih sayang mereka sejak kita kecil. Ibubapa kita juga manusia, tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Mana ada ibubapa yang bencikan anak, cuma kadang-kadang mereka terlepas pandang anak sulung mereka ini, atau mereka sedang berkecil hati dengan kita. Maafkanlah mereka, bersangka baik dan jangan berhenti membuat kebaikan kepada mereka. Jangan sesekali menghitung kebaikan kita kepada mereka. Jadilah anak sulung yang cekal, baikhati dan sentiasa berserah segalanya pada Allah. “Sayang ibu berkorban nyawa, sayang ayah berkorban jiwa”. Terus kuat ya anak-anak sulung!
;’( Terus kuat ya anak-anak sulung! anak2 sulung, kena kuat tau!
Aku bukan anak sulung, tapi aku rasa aku nak reblog juga walau aku anak kedua. Beza aku dgn kakak aku tak jauh. Aku rasa segala yang diperkatakan ni.
(Source: airbatucampur)
Ada ketikanya kita tertanya-tanya pada diri sendiri, kenapakah diri ini sering ditimpa kesusahan dan sentiasa diuji..
Bergembiralah wahai teman, kerana Syurga itu memang tersedia untuk mereka yang susah dan berjaya melepasi setiap ujian yang diberi.———————-
Diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Ketika aku berdiri di hadapan pintu Syurga ternyata kebanyakan orang yang memasukinya ialah dari kalangan orang-orang miskin.
Aku juga melihat para pembesar sedang ditahan kecuali penghuni Neraka, di mana mereka diarahkan terus pergi ke Neraka.
Ketika aku berdiri di hadapan pintu Neraka ternyata kebanyakan orang yang memasukinya adalah kaum wanita.———————-
Diriwayatkan daripada Harithah bin Wahab r.a katanya: Aku mendengar Nabi s.a.w bersabda:
Inginkah kamu aku beritahu tentang ahli Syurga?
Para Sahabat menjawab: Ya!
Rasulullah s.a.w bersabda: Mereka semua adalah orang yang lemah dan merendah diri, seandainya mereka bersumpah kerana Allah nescaya Allah akan memperkenankannya.
Kemudian baginda bersabda lagi: Inginkah kamu aku beritahu tentang ahli Neraka?
Mereka menjawab: Ya!
Baginda bersabda: Mereka semua adalah orang yang selalu diagung-agungkan dan bermegah-megah serta sombong.
Don’t give up!
Hamdan lillah. You are still smiling and happy with what around you. May Allah bless you till Jannah. The memories remain here in my mind and heart :) Whereever you are my dear, keep your chin up. Once friend, forever friends :D
(Source: karizunique)
seriously.. im only halfway there.. and i dont know if im ready. T__T
yupp.. the ’ heart ’ never lies -.-
“A good friend always reminds you to be conscious of Allah, but doesn’t judge you when you slip up, rather they help you to get back up.” #Friend #Islam #Allah #QuoteOfTheDay #Inspiring #instagram #instamood #instagramhub
Oh Allah…
Forgive us of our sins.
The past and the future.
The public and the private.
Those I did knowingly and unknowingly.
The major and the minor.
(Source: small-deeds)